Sewaktu memulakan kerjaya dahulu, kami dihantar ke sesi grooming for executives. Saya tidak ingat berapa lama sesi tersebut sama ada sehari atau separuh hari. Saya masih ingat visual trainer saya ketika itu, seorang wanita berbadan sedikit gempal, memakai suit dan tudung berwarna hitam. Ketika itu kami diajar tentang asas penjagaan diri dan penampilan profesional juga etika di tempat kerja. Semuanya nampak serba teratur sama seperti konten yang saya bawa sewaktu mengendalikan sesi latihan imej sekarang. Namun…apabila sudah memasuki alam sebenar (sudah masuk kerja), keadaan bukan sentiasa teratur dan terancang. Ibarat langit tidak selalunya cerah.
Saya masih ingat, ada waktu kita tiba-tiba perlu hadiri perjumpaan atau mesyuarat menggantikan bos atau rakan sekerja lain. Zaman saya kita sebut ‘tiba-tiba dapat wahyu’. Bila sebut wahyu bermakna, you cannot say no okay.
Jadi saya kongsikan di sini tip mudah untuk kelihatan profesional walaupun dalam keadaan tergesa-gesa atau tidak cukup masa untuk bersiap.