– Jangan tanya benda yang tak/belum ada (kita tahu).
Contoh:
Kita tahu orang tu belum ada anak. Jangan tanya “Takde anak lagi?”
Kita tahu orang tu belum berkahwin. Jangan tanya “Bila nak kahwin ni?”
Kita tahu orang tu belum ada kereta. Jangan tanya “Bila nak keluar kereta baru?”
Sebenarnya niat orang yang bertanya hanyalah sekadar berbual-bual atau mencari topik bicara, namun kerana kurang sensitif dengan perasaan orang lain atau mungkin menganggapnya sebagai perkara kecil sahaja, ada hati yang tersinggung.
Cara nak elokkan perbualan tanpa membuatkan ada orang tersenyum pahit; berbual dalam lingkung topik yang anda nampak di depan mata atau apa sahaja yang mereka ada.
Jika ada kerja, cerita tentang pekerjaannya. Jika sedang menyambung pengajian, cerita tentang perkembangan pembelajarannya. Jika ada hobi, cerita tentang hobinya.
Orang akan rasa selesa dan mahu berbual lama dengan anda.

Leave a Reply