Penting Sangatkah First Impression?

Sangat penting. Tanggapan pertama adalah momen 4 atau 7 saat pertama sewaktu kita bertemu dengan orang baru atau orang yang tidak dikenali. Dalam perjumpaan berkaitan perniagaan atau kerja, tanggapan pertama ini memainkan peranan sebelum prospek atau bakal klien mahu terus berurusan dengan kita atau tidak.

Sebagai contoh mudah. Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di bahagian resepsi hotel sentiasa bertemu dengan orang baru, setiap kali transaksi berlaku. Cuba bayangkan jika mereka ini tidak mementingkan konsep tanggapan pertama ini? Itulah kali pertama dan terakhir kita akan menginap di hotel tersebut. Atau mungkin kita ‘cancel order’ terus.

Begitu juga pentingnya konsep yang sama, bagi individu yang tugas hakikinya sentiasa atau banyak bertemu dengan orang yang tidak dikenali. Perunding kewangan, hartanah, ahli perniagaan dan segala yang sewaktu dengannnya adalah antara kebanyakan klien saya. Mereka tahu dan faham peri pentingnya imej profesional dalam kerjaya mereka.

#PuanHajar#MudahBelajarImej

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *