Saya pernah diminta oleh satu syarikat untuk meneliti cara ucapan selamat yang dilakukan oleh staf barisan hadapan mereka dan memberi cadangan untuk penambahbaikan.

Ucapan selamat adalah tentang skrip dan intonasi suara orang yang memberi ucapan selamat.
Bab skrip mungkin mudah sahaja. Pilih yang biasa didengari dan mudah disebut.
Bab kedua yang lebih sukar adalah tentang intonasi suara. Kerana di lapangan, intonasi suara akan berkait dengan emosi si pengucap. Jika emosi mereka tidak baik, maka intonasi ucapan selamat boleh kedengaran lemah, tidak mesra dan tidak cukup mengalu-alukan (not welcoming).
Ucapan selamat mungkin hanya semudah ‘Selamat pagi!’ namun jika silap cara pengucapan, ia tidak memberi kesan kepada pengalaman pelanggan, dan lebih teruk jika merosakkan mood pelanggan.
Jangan risau, ia boleh dipelajari.
Ini kerana komunikasi yang berkesan adalah sebahagian dari imej diri baik.
Leave a Reply